Khamis, 23 Februari 2017

Sahabat sejati

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Selama ini
Sudah ku temui

Sahabat ialah orang yang rapat dengan kita. Mereka adalah orang yang membantu kita ke arah kebaikan. Bersama ketika susah dan senang. Sahabat sejati sememangnya susah untuk dicari. Sahabat ini satu dalam sejuta.

Andai kita miliki seorang sahabat yang benar-benar sejati dalam hidup anda. Ketahuilah berapa beruntungnya diri memiliki sahabat yang sejati.

Allah berfirman di dalam surah al- Hujurat

إنما المؤمنون اخوة
Bermaksud: Sesungguhnya orang islam itu bersaudara

Ukhuwah ini terjalin kerana Allah. Tidak kerana harta dan tidak kerana rupa. Jauh sekali kerana populariti. Apabila kita niatkan sesuatu kerana Allah,lakukanlah dengan betul-betul.😎😎

Jadilah kawan yang sentiasa ada untuk kawannya.

Ahad, 19 Februari 2017

Cinta

Cinta adalah fitrah bagi seluruh manusia yang hidup. Tiada yang akan terlepas daripada gelombang cinta ini. Tapi, ramai yang memilih cinta kepada manusia.

Cinta kepada manusia ini fitrah manusia. Tapi,jangan jadikan cinta manusia yang utama. Jadikan cinta Allah yang utama. Kerana Allah ialah tuhan kamu. Allah ialah رب الواحد. Tuhan yang satu. Tuhan yang maha esa. Andai tidak kerana Dia, nescaya kita berada dalam keadaan yang begitu jahil dan jauh dari agamaNya.

Cinta yang kedua selepas Allah ialah cinta kepada Rasulullah. Baginda ialah اسوة حسنه. Baginda adalah contoh yang terbaik buat kita semua. Baginda seorang yang penyabar,lemah lembut dan baik hati. Pernah suatu ketika  baginda berjalan, ada seorang lelaki menarik selendang yang di pakai di leher Nabi s.a.w lalu berkata " Berikan aku sebahagian harta Allah,". Selendang yang di pakai Rasulullah pada ketika itu kasar. Nabi tidak marah kepada lelaki itu tetapi baginda ketawa lalu memberikan lelaki itu suatu pemberian.

Ada suatu kisah yang lain ketika Nu'man yang lurus menyembelih unta orang lain kerana di usik oleh beberapa orang di masjid. Rasulullah tidak marah kepada Nu'man bahkan Rasulullah ketawa apabila melihat keadaan Nu'man ketika itu. Rasulullah kemudiannya membayar unta itu.

Itu cukup menjadi bukti bahawa Rasulullah merupakan contoh yang baik. Bukan yang baik sahaja, tetapi contoh terbaik kepada seluruh ummat manusia.

Cinta yang seterusnya ialah cinta kepada ibu bapa kita. Merekalah yang membesarkan kita. Yang menjaga makan minum kita adalah mereka. Tanpa mereka siapalah kita. Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan. Dengan penuh kesakitannya, ibu melahirkan kita dengan seksanya. Namun, apabila mendengar suara tangisan kita, ibu merasa tenang.

Ayah pula bekerja seharian untuk mencari nafkah kepada anak-anak. Dengan letihnya ayah berusaha untuk mencukupi keperluan anak-anak.

Utamakan cinta yang ini sebelum yang lain. Jangan letak yang tiga ini di tempat lain. Inilah cinta yang akan membawa kamu ke syurga.