Mengasihi ibu bapa
Ibu bapa merupakan insan yang terpenting dalam hidup kita. Mereka yang membesarkan kita dan menyara kita dari kecil hinggalah kita mampu lakukan semuanya sendiri. Seandainya tiada ibu dan ayah,hidup kita tentu dalam keadaan yang susah. Ibu yang melahirkan kita dengan penuh kesakitan dan ayahlah yang menyara kita.
Nabi S.A.W pernah bersabda:Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa. Allah memerintahkan kita supaya taat kepada ibu bapa. Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 23:
و قضى ربك الا تعبدو الا اياه و بالوالدين احسنا و اما يبلغن عندك الكبر احدهما او كلاهما فلا تقلهما اف ولاتنهرهما وقل لهما قولا (23) كريما
bermaksud:dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah sesuatu melainkan Allah dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali mencapai umur tua dalam pemeliharaanmu,maka janganlah kamu berkata perkataan kasar kepada mereka dan janganlah kamu tengking mereka menyergah mereka,tetapi katakanlah perkataan yang baik(sopan santun)
Saya nak pembaca blog ini tutup mata dan bayangkan seandainya ibu bapa kita di hadapan kita. Berbalut kain putih tidak bermaya. Cuba kita bayangkan mereka sudah pergi meninggalkan kita.Kita titiskan air mata kerana mereka. Andai mereka pergi,dengan siapa kita nak bermanja? Dengan siapa kita nak mengadu? Dengan siapa kita nak memohon kemaafan. Ibu kita tiada galang gantinya. Mereka satu-satunya di dunia ini. Mati mereka sepatutnya menyedarkan kita mengubah kita menjadi insan yang baik. Bukannya semakin menjadi-jadi.
Ibu bapa kita bekerja semata-mata untuk menyara kita. Mereka rela bermandi peluh demi anak-anak. Mereka sayangkan anak lebih dari diri mereka. Mereka yang tukar lampin kita ketika kita masih bayi. Ibu kita menyusukan kita ketika masih kita bayi. Mereka jugalah yang memenuhi segala permintaan kita walaupun mereka terpaksa berlapar selama mana pun yang perlu demi kita.
Saya ingin menyoal kepada pembaca blog ini. Apa lagi alasan untuk kita tidak taat kepada ibu ayah kita? Seandainya tiada mereka di dunia ini,kita tidak akan wujud di sini. Seandainya ibu ayah saya tidak melahirkan saya,memberi saya pendidikan melalui sekolah,saya tidak akan menulis blog ini dan anda tidak akan membaca blog ini.
Kepada yang sudah tiada ibu atau ayah atau kedua-duanya,kirimkanlah doa kepada mereka. Nabi S.A.W pernah bersabda:Bila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali daripada tiga sumber:1.sedekah jariah 2.ilmu yang bermanafaat 3.doa anak-anak yang soleh.