Jumaat, 29 Julai 2016

Manisnya nikah

Nikah ialah perkara yang diingini oleh semua yang mempunyai cinta. Nikah ini nikmat yang Allah berikan kepada manusia.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah ia menciptakan kamu berpasangan agar kamu berkasih sayang antara kamu" surah Ar-rum.

Daripada kita bercouple mesej 24 jam awak  mana baik kita nikah dengan pasangan yang kita cintai. Kalau kita bercouple,setiap kali keluar dating,pasti dosa yang kita dapat. Tapi,kalau dengan isteri kita yang halal,confirm tak dosa.

Nabi s.a.w pernah bersabda: "sesungguhnya pada nikah itu ada berkatnya,". Jadi,saya galakkan nikah muda agar zina dapat di hindari.

Tapi,kena ada tanggungjawab. Jangan main-main. Jangan curang. Jadilah  suami jadilah isteri yang setia cinta sesama sendiri kerana Allah.

Khamis, 28 Julai 2016

Ingat kepada mati

Allah berfirman dalam al Quran:setiap yang bernyawa pasti menemui maut.
Jadi,tiada yang perlu di banggakan di dunia. Harta tak payahlah nak kumpul sangat. Bukan boleh bawak mati pun. Kalau nak bawa sangat,sedekahkan kepada fakir miskin. Insya-Allah ia boleh bawa.

Tuan-tuan dan puan-puan,bila kita mati,kita akan lihat di mana kita di akhirat. Di syurga ataupun di neraka. Nabi s.a.w bersabda: Kubur boleh jadi taman-taman syurga ataupun lubang-lubang neraka.

Jadi,bersediakah kita untuk menghadapi mati? Saya masih belum bersedia untuk menghadapi mati. Awak bagaimana?

Jadi jangan kita berdoa dengan doa yang sia-sia. Doa yang sia-sia ialah doa di neraka. "Ya Allah! Aku dah nampak. Aku dah dengar. Kembalikanlah aku ke dunia supaya aku dapat melakukan amal soleh,".

Allah tak akan kembalikan kita ke dunia. Kita duduk di neraka dengan penuh penyesalan dan akan tersiksa selamanya

Khamis, 21 Julai 2016

Menerima Nasihat

Apa itu nasihat? Nasihat ialah teguran di atas kesalahan yang kita lakukan. Adakah kita perlu menerima nasihat? Ya,kita perlu menerima nasihat. Kenapa kita perlu menerima nasihat? Kerana nasihat itu sangat berharga bagi orang-orang yang bijak.

Ketika zaman Islam masih lagi belum maju iaitu tahun sebelum hijrah,Rasulullah s.a.w. mengutuskan Mus'ab bin Umair untuk mengajarkan al Quran kepada penduduk Yathsrib(nama Madinah sebelum hijrah).

Semua orang belajar dengan beliau walaupun beliau masih lagi seorang remaja. Tiada yang memandang rendah Mus'ab bin Umair. Semua orang di Yathsrib menerima ajaran am Quran. Baik yang muda mahupun yang tua. Tiada orang tua yang rasa rendah ketika belajar dengan Mus'ab bin Umair.

Tapi zaman Sekarang macam mana? Semua golongan tua tidak suka menerima nasihat daripada golongan muda. Mereka berpendapat yang nasihat golongan muda salah. Ini silap sebenar. Baik tua mahupun muda,kita sepatutnya menerima nasihat yang baik daripada sesiapa pun.

Nabi s.a.w pernah bersabda:"Terimalah nasihat walaupun nasihat itu dari seorang yang jahat." Tak perlu tengok sama ada Ustaz ataupun bukan yang memberi nasihat. Tengok kepada nasihat yang di berikan.

Brother,kalau nak tunggu pak sheikh yang bagi nasihat,sampai tahun depan kau tak akan menjadi manusia yang baik. Walaupun seseorang itu rendah darjatnya yang menasihati kita,terimalah. Jangan nak tunjuk yang kita ni sempurna sangat. Kita sebagai manusia sentiasa lemah. Sebagai manusia,kita perlu saling menasihati supaya kita boleh bersama-sama menjaga antara satu sama lain.

Sabtu, 16 Julai 2016

Couple

Apakah hukum bercouple? Hukum bercouple ialah haram. Kenapa haram? Kerana ia membawa kepada zina.

Allah berfirman dalam surah al isra: Dan janganlah kamu mendekati zina. Kenapa Allah kata jangan mendekati zina sahaja?

Kenapa Allah tak kata jangan dekati curi,bunuh ataupun merempit? Kerana zina ini di sebabkan nafsu syahwat yang menghasut kita untuk berzina.

Bila kita duduk berduaan bersama makwe ataupun pakwe,pasti syaitan akan jadi yang ketiga. Bila syaitan jadi yang ketiga,adegan tiga X akan berlaku.

Ustaz aku pernah berkata"Lelaki kuat mana pun iman kalau dengan permpuan,kopiah boleh tercabut,"Faham-fahamlah ya.

Jadi,kalau nak couple sangat,couple selepas nikah. Allah sayang, Nabi mengaku umat,mak bapak happy dan zina dapat di elakkan.

Kewajipan Berdakwah

Dakwah ialah kewajipan bagi orang Islam. Apabila kita bergelar orang Islam yang beriman,sudah menjadi kewajipan kita menyampaikan dakwah.

Tidak perlukan latar belakang agama ataupun pendidikan agama yang terperinci ataupun ilmu yang sempurna untuk menyampaikan dakwah.

Seorang penulis buku pernah berkata,seandainya memerlukan ilmu yang sempurna untuk berdakwah,nescaya Islam tidak akan berkembang.

Sungguh,mustahil untuk memiliki ilmu sempurna kerana ilmu Allah itu luas tak terkira. Jadi,kesemua orang Islam adalah pendakwah. Sabda Nabi s.a.w,Sampaikanlah dariku walau satu ayat.

Jumaat, 8 Julai 2016

Ibu bapa yang di kasihi

Mengasihi ibu bapa

Ibu bapa merupakan insan yang terpenting dalam hidup kita. Mereka yang membesarkan kita dan menyara kita dari kecil hinggalah kita mampu lakukan semuanya sendiri. Seandainya tiada ibu dan ayah,hidup kita tentu dalam keadaan yang susah. Ibu yang melahirkan kita dengan penuh kesakitan dan ayahlah yang menyara kita.

Nabi S.A.W pernah bersabda:Redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa. Allah memerintahkan kita supaya taat kepada ibu bapa. Firman Allah dalam surah Al-Isra ayat 23:

و قضى ربك الا تعبدو الا اياه و بالوالدين احسنا و اما يبلغن عندك الكبر احدهما او كلاهما فلا تقلهما اف ولاتنهرهما وقل لهما قولا (23) كريما

bermaksud:dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah sesuatu melainkan Allah dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali mencapai umur tua dalam pemeliharaanmu,maka janganlah kamu berkata perkataan kasar kepada mereka dan janganlah kamu tengking mereka menyergah mereka,tetapi katakanlah perkataan yang baik(sopan santun)

Saya nak pembaca blog ini tutup mata dan bayangkan seandainya ibu bapa kita di hadapan kita. Berbalut kain putih tidak bermaya. Cuba kita bayangkan mereka sudah pergi meninggalkan kita.Kita titiskan air mata kerana mereka. Andai mereka pergi,dengan siapa kita nak bermanja? Dengan siapa kita nak mengadu? Dengan siapa kita nak memohon kemaafan. Ibu kita tiada galang gantinya. Mereka satu-satunya di dunia ini. Mati mereka sepatutnya menyedarkan kita mengubah kita menjadi insan yang baik. Bukannya semakin menjadi-jadi. 

Ibu bapa kita bekerja semata-mata untuk menyara kita. Mereka rela bermandi peluh demi anak-anak. Mereka sayangkan anak lebih dari diri mereka. Mereka yang tukar lampin kita ketika kita masih bayi. Ibu kita menyusukan kita ketika masih kita bayi. Mereka jugalah yang memenuhi segala permintaan kita walaupun mereka terpaksa berlapar selama mana pun yang perlu demi kita.

Saya ingin menyoal kepada pembaca blog ini. Apa lagi alasan untuk kita tidak taat kepada ibu ayah kita? Seandainya tiada mereka di dunia ini,kita tidak akan wujud di sini. Seandainya ibu ayah saya tidak melahirkan saya,memberi saya pendidikan melalui sekolah,saya tidak akan menulis blog ini dan anda tidak akan membaca blog ini.

Kepada yang sudah tiada ibu atau ayah atau kedua-duanya,kirimkanlah doa kepada mereka. Nabi S.A.W pernah bersabda:Bila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali daripada tiga sumber:1.sedekah jariah 2.ilmu yang bermanafaat 3.doa anak-anak yang soleh.